Hey gurs... Wht'z up..!!
Hari nie narry sangat.. :'( Semalam 10.12.2012 keputusan final exam sesi Jun 2012 dah keluar... Dannn...keputusan nyerr memang menyedihkan narry.. Sebab, untuk kali ke-2 narry gagal untuk subject account. Mak narry tak tahu yang narry dah gagal accaount sebelum nie..jadi bila dia tahu yang narry gagal account dia tak berapa nak marah tapi itu buat narry terseksa sebab, narry dah berusaha tapi kenapa ini yang narry dapat. Narry dan lagi sorang sahabat narry gagal account untk kali ke-2, kami da tak tahu nak buat apa lagi.. Apa dosa kami sehingga Allah beri ujian sebegini pada kami. Narry dah berusaha sebaik mungkin untuk lulus jerr...tapi ini yang narry dapat dari hasil semua usaha narry. Orang tetap akan salah kan narry, sebab tak berusah tapi orang tak tahu yang macam mana teruknya narry berusaha. Mak narry pun cakap benda yang sama, dia selalu kata narry leka dengan tv larr itu larr ini larr...tapi dia tak tahu macam mana narry belajar... Dia suruh narry berkorban dari segi hiburan...Yee narry buat..tapi dia tak nampak sebab tu dia selalu fikir yang narry nie tak berubah.
Bila dekat kamsis narry tak tengok movie kat latop, tak join member rumah layan citer.. Y..? B'coz, narry nak study..tapi ibu tak nampak semua tu dan sering menyalahkan diri narry. Tapi benda dah jadi narry tak boleh nak ubah, sebab semua tu takdir Allah yang dah ditetapkan pada narry. Narry anggap ini sebagai balasan atas semua dosa-dosa narry, mungkin ini cara Allah nak bantu narry hapuskan dosa yang pernak narry lakukan.. Dan sekarang "Aku bertaubat pada Mu Ya Allah" ... "Ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini" ...dan.. "Ya Allah bantulah aku dan sahabat ku untuk mengharungi ujian mu ini ya Allah, Kuatkan lah imanku, kuatkan lah hati ku ya Allah"
Adakalanya narry tertanya-tanya, kenapa mereka yang tak pernah bersujud pada-Nya, diberi kejayaan? tapi akhirnya narry mengerti satu perkara iaitu, Allah sedang munguji diri ku, Allah memberi kegagalan pada ku untuk menguji keimanan ku. Kerana itu, mulai hari nie, narry akan lebih mendekatkan diri pada-Nya. Walaupun narry usaha macam nak mati, solat hanya sekadar 5 waktu sehari semalam tapi itu pun ada kalanya tercicir..Allah tak akan bantu umatNya yang sebegitu. Moga dengan kegagalam kali ini menbuatkan narry lebih kuat dan tabah menghadapi ujian ini... - Insyallah -