Friday, April 22, 2011

Super Junior...!!!


Super Junior bukanlah kumpulan yang pertama mengenalkan dunia k-pop kepada Narry. Sudah hampir 4 tahun Narry mengilai dunia k-pop.., tapi akhirnya pada awal 2011 Narry mula membuka hati untuk menempatkan kumpulan Super Junior ke dalam hati Narry. Pasti ada di antara kamu yang berasa pelik, kenapa baru sekarang Narry berminat terhadap kumpulan tersebut? Sedangkan Super Junior telah melepasi sempadan Malaysia sejak 2008. Super Junior telah menjadi kegilaan ramai gadis-gadis di Malaysia sejak kali pertama dia memasuki pasaran di Malaysia. Ini kerana Narry tiada minat kepada mereka pada ketika itu. idol yang memperkenalkan Narry dengan dunia k-pop adalah kumpulan SS501. Walaupun Super Junior telah datang ke Malaysia lebih dari 2 kali, tidak pernah adasedikit pun perasaan teruja dalam hati Narry kerana Narry tidak pernah pun ingin mengenali mereka dengan lebih lanjut sedangkan kumpulan-kumpulan lain yang tidak pernah datang ke Malaysia, Narry cuba untuk mengetahui mengenai kumpulan mereka dan akhirnya Narry meminati mereka semua..

Bohonglah kalau Narry kata yang Narry langsung tidak mengenali kumpulan Super Junior. Narry kenal mereka tapi hanya sekadar kenal yang kumpulan itu datangnya dari negara Korea Selatan. Lagu-lagu mereka tidak menarik minat Narry untuk mendengarnya. Itulah sebab kenapa Narry tidak meminati mereka dari dulu. Tetapi apa yang membuatkan Narry terpanggil untuk mencari segala maklumat mengenai Super Junior di internet dan laman sosial adalah kerana Narry meminat perwatakan sesetengah ahli kumpulan mereka yang menjadi MC atau jemputan di rancang-rancangan aneka ragam atau seperti 'Strong Heart' dan Star King'..ada juga yang Narry kenal melalu lakonan mereka seperti ShinDong, Siwon, Kangin, Heechul dan ramai lagi.
 
Mulai saat ini, Narry pasti akan menyokong setiap aktiviti yang dilakukan oleh kumpul;an idol kesayangan Narry nie..dan Narry pasti tiada lagi nama-nama besar kumpulan penyanyi dari Korea Selatan itu.., yang Narry tidak kenal.. dan pastinya Narry akan meminati mereka semua...





~narryen~

No comments: