Monday, May 2, 2011

Bad Week In My Life...

Selasa 26/04/2011 ~Jason~
Salah satu daripada lapan anak kucing Narry di dapati sakit dan tidak lama kemudian tu dia menghembuskan nafas yang terakhir di dalam pelukan Narry pada pukul 2.00 PM.

Rabu 27/04/2011 ~Tinaz~
Seekor kucing yang Narry bela sejak tiga tahun yang lalu meninggal dunia di sebabkan masalah pundi kencingnya bengkak. Dia di lihat kurang makan dan badannya sangat lemah. Apa yang membuatkan Narry bertambah risau bila dia tidak aktif seperti hari-hari biasa. Dia menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 3.00 PM.
Jumaat 29/04/2011 ~Seung Ki~
Pada hari tersebut Narry telah membenarkan Seung Ki dan anak-anak kucing yang lain bermain di dalam kawasan rumah Narry. Selama ini anak-anak kucing tersebut hanya di tempatkan dalam sangkar dan sesekali Narry akan bebaskan mereka untuk bermain. Narry tidak benarkan mereka bermain di luar kawasan rumah kerana banyak kereta yang lalu lalang di situ. Tanpa Narry sedar, Seung Ki telah pun keluar dari rumah dan tiba-tiba salah seorang ibu kepada baby yang mama Narry jaga memberitahu bahawa ada anak kucing mati di depan rumah Narry, apabila Narry pergi lihat, Narry dapati anak kucing itu ialah Seung Ki. Hati Narry sayu melihat takdir hidup Seung Ki. Dia di jumpai bersama saudaranya iaitu Jason di hadapan rumah Narry. Pada hari kematiannya itu Narry lihat Seung Ki kurang aktif seperti biasa. Dia tetap bermain dengan anak-anak ibu susuannya atau lebih mudah Narry kata adik-beradik angkatnya cuma tidak selincah hari-hari biasa, pada pandangan Narry mungkin dia masih bersedih sebab satu-satunya saudara yang dia ada telah pergi. Narry doakan dia bertemu dengan Jason di syurga. :-)

Sabtu 30/04/2011 ~Michul~
Michul ialah seekor anak kucing yang mama Narry jumpa di dalam baldi bersebelahan masin basuh. Baldi tersebut berisi botol-botol sabun. Mama Narry jumpa Michul sewaktu dia ingin meletakkan sebuah botol sabun di dalam baldi tersebut tiba-tiba Michul berbunyi dan bila mama Narry periksa dia dapati bunyi itu datang dari arah baldi dan bunyi itu di keluarkan oleh Michul. Kematian Michul tak dapat Narry jelaskan kerana Narry menyedari kematian Michul sewaktu Narry ingin bermain bersama Michul dan dua lagi saudaranya yang satu daripadanya di jumpai di dalam baldi besama Michul dan satu ladi di jumpai dua hari sebelum Michul dan Kichul, yang Narry beri nama Hichul. Narry dan mama Narry agak kematian Michul disebabkan kurang mendapat susu. Ibu susunya atau lebih mudah ibu angkatnya adalah ibu kucing yang sama untuk Seung Ki dan Jason. Kemungkinan besar ibunya itu tidak dapat memberikan susu yang banyak kepada Michul dan saudaranya. Saiz mereka lebih kecil dari Seung Ki dan Jason serta anak-anak kandung ibu angkatnya itu.

Ahad 01/05/2011 ~Kichul~
Kichul, saudara Michul turut meninggalkan Narry dan keluarga di saat kami berusaha memberikan mereka kehidupan yang baik walaupun mereka terpaksa membesar tanpa ibu kandung mereka. Semoga Michul dan Kichul bertemu di syuga

Untuk pengetahuan kamu semua sehingga sekarang Narry masih fikir macam mana Michul, Kichul dan Hichul boleh berada dalam rumah Narry, kerana kawasan belakan rumah Narry tiada ruang untuk kucing masuk. Pada hari mama Narry jumpa Hichul, pintu belakan rumah Narry tak terbuka pun dan waktu tu Narry tinggal berseorangan di rumah dan Narry pasti Narry tak benarkan seekor kucing pun masuk kedalam rumah.
Kedatangan Michul, Kichul dan Hichul masih menjadi misteri.
Apa pun Narry bersyukur kerana Narry dan keluarga ditakdirkan untuk menjaga Michul dan Kichul walaupun untuk sementara. Narry harap dan Narry berdoa agar Hichul dapat Narry besarkan menjadi kucing yang baik dan sihat.

~narryen~

No comments: