Friday, September 13, 2013

Malam Ku Tiada Lagi Bintang


Guyz...
       Sejak beberapa bulan yang lalu..,narry terasa yang malam-malam narry tiada lagi bintang.. Ahahahha...kerana itu ia menjadi tajuk untuk post narry kali ini..
        Guyz, sebenarnya Narry tak tahu apa puncanya, sehingga narry rasa jiwa narry kosong bagai langit tiada bintang..kelam...gelap...tanpa cahaya... (bukan eddy penyebabnya yeee...budak juga sahbat-sahbt narry). Tiada kata yang dapat narry ungkapkan untuk anda membayangkan bagaimana keadaan narry sekarang..
       Bila narry bersama rakan-rakan..jiwa narry tetap kosong..tapi narry tak mahu mereka susah hati melihat narry begini..,jadi narry terpaksa cuba untuk gembira. Narry kecewa mengenangkn tindakan narry itu, tapi apa kan daya jika iu saja caranya untuk narry bersama dengan rakan-rakan yang asyik menikmati saat-saat indah bersama. Namun dalam tawa yang dipaksa.., secubit keikhlasan ada narry taburkan dalam senyuman, moga itu tidak akan membuat rakan-rakan kuu terasa hati..

"Ada masanya kita perlu bersendirian, memberi ruang agar akal dan fikiran kita dapat bersama mencari satu penyelesaian.."

~narryen~

No comments: