Friday, September 20, 2013

It'z Me Narryen




Hey guys…
          How are u today…hope evrythng is going good… actually kann hari nie ada somthng dah berlaku pagi tadi time kat office larr… Perkara nie berlaku secara semula jadi. Ia terjadi kerana itu adalah salah satu dari sikap atau mungkin pendirian narry. 
 
         Sebenarnya kalau nak di fikirkan semula, perkara ini bukan satu masalah pun Cuma sudah menjadi sikap semula jadi narry, bahawasa nyaa perkara yang mengaibkan bukan untuk di kongsi. Tapi narry tak pasti masa ada apa yang berlaku tadi..sesuatu yang mengaibkan or not..? kalau pada pandangan anda tidak..maka I juz wan to say sorry to my frenz.. tapi kalau ia mengaibkan so…narry maafkan dia..

         Story dia macam nie, seperti yang anda lihat badan narry gemokkk..!!! 
ehehehehe… bukan kutu diri sendiri tapi itu memang kebenarannya. Ok, apa yang berlaku tadi.. Masa di office ada majlis bacaan yassin and ofcoz ada sedikit jamuan..so narry and frenz makan macam biasa. So, bila balik office salah seorang staff narry..Sis Mey tanya narry apa yang narry makan? Sebab dia tahu narry sedang berusaha untuk turunkan berat badan walaupun sebenarnya diet narry nie macam YoYo…kejap naik kejap turun. So, narry hanya memberi tahu sekit jerr apa yang narry makan sebab itu pun dah cukup untuk narry kena bebel dengan Sis Mey. Tapi sahabat narry nie beri tahu semuanya… semua yang narry makan…so secara automatic nyaa rasa marah narry muncul sebab perkara itu membuatkan narry bertambah-tambah kene bebel and at de’ same time narry malu. Pada narry apa yang berlaku pada narry biar ia keluar dari mulut narry sendiri bukan dari orang lain walaupun orang itu menyatakan kebenarannya. Statement yang keluar dari mulut kita sendiri memberi  tanggapan yang berbeza berbanding statement yang keluar dari mulut orang lain walaupun ianya yang sama…tanpa di tokok tambah. Kecuali jika narry sendiri minta dia bersuara…so jika kenyatan yang diberikan salah atau pun betul narry tidak akan marah padanya..mungkin narry cuma akan menegur jika salah sebab yang selebihnya narry akan salahkan diri sendiri..dan dari situ juga narry akan belajar dari kesilapan narry sendiri.

          Tak kisahlah pada sesiapa pun narry tetap akan marah jika mereka buat begitu termasuk mammy narry sendiri..(seperti yang frenz narry buat tadi).. becoz, pada narry apa yang berlaku antara narry dengan seseorang itu biar hanya kami yang tahu jika sesuatu itu berkaitan dengan narry..tapi jika sebaliknya..seperti seseorang menceritakan luahan hatinya pada narry.. maka Narry akan simpan ceritanya di dalam peti besi milik peribadi narry ehehehehe…dan dia berhak untuk menceritakan perkara itu pada sesiapa kerana cerita itu miliknya..tentang dirinya…jika ada tentang narry mungkin narry akan fikir sejenak lalu memutuskan untuk memberi keizinan atau tidak jika dia ingin bercerita pada insan lain…

          Guys…anda tahu tak..kalau anda pernah baca post-post narry dari dulu pasti sekarang anda tahu diri narry ini bagaimana orngnya.. tapi narry sedih…Sedih sebab belum ada sahabat-sahabat narry yang pernah faham narry.. walaupun mereka tahu narry tak suka hal diri narry di ceritakan pada orang lain tapi mereka tetap lakukan. Mereka terus bercerita dan cerita.. Narry marah..marah sangat…tapi anda tahu kan…Narry bukan seorang yang senang meluahkan rasa marah.. Jika narry tertinggikan suara sikit pun..narry akan rasa bersalah sangat macam narry dah buat suatu kesalahan besar. Narry seorang yang panas baran..tapi narry tak pernah mengamok…kalau narry mengamok pun bila narry sendirian. Akhirnya narry akan pendam saja rasa kemarahan itu dan kerana itu juga narry tak pernah puas bila narry marah.
           Apapun…selagi narry mampu bertahan narry akan tahan…kerana narry pentingkan persahabatan berbanding diri narry. Cuma adakalanya narry ingin bersendirian. Bersendiri untuk mencari diri narry semula. Kerana bila narry terlalu lama bersama mereka, sahabat-sahabat narry… Narry akan hilang identity narry sendiri..narry lupa bagaimana diri narry yang sebenarnya.

           Narry harap jika ada yang tidak suka dengan diri narry, Narry minta maaf kerana narry hanya ingin menjadi diri sendiri tapi jika ada yang dapat menerima terima kasih narry ucapkan. Moga anda dapat menerima baik buruk diri narry ini. Salam Sayang buat anda...sekeluarga.

p/s:narry ada banyak personaliti..sehingga kadang-kadang narry tak kenal siapa narry yang sebenarnya..Narry sering bertukar personaliti setiap kali bersama orang lain... "lain orang lain Narry Arryen"


~narryen~

No comments: