Wednesday, July 21, 2010

Cita-cita..Impian dan Keinginan..



Hai..,

Hari ni fikiran Narry bercelaru sangat..Tahun ini tahun penting Narry...Narry akan menduduki peperiksaan yang sangat-sangat penting..Daripada keputusan exam inilah Narry akan menentukan masa depan Narry..Guys...Narry takut sangat..Narry ada harapan yang sangat besar..iaitu Narry ingin menjadi seorang pakar IT yang berjaya. Itu dalah cita-cita Narry. Manakala impian Narry adalah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan negara pilihan Narry adalah Korea. Kenapa Narry pilih Korea? Kerana Korea adalah sebuah negara yang mendapat pengiktirafan dunia sebagai Negara IT..Seoul digelar sebagai Pusat ICT. Kerana itu Korea menjadi pilihan Narry kebetulan Narry adalah pelajar jurusan Sains ICT...Dan keinginan Narry adalah untuk menetap di Korea bersama mama Narry. Narry ingin membina kehidupan baru disana..meninggalkan segala kenangan yang terbina sejak dulu lagi..Narry nak bina kenangan baru disana...

Tetapi adakah Narry mampu untuk mencapai semua itu..Narry takut...harapan Narry terlalu besar..Macam mana kalau Narry gagal...Narry tak mampu hadapi kegagalan..

Narry akan cuba usaha..usaha..usaha..dan terus usaha..sampai berjaya..

Hayttiii...!!!



Salam Sayang;

Narry