Thursday, March 31, 2011

Akaunten \/$ ICT

Hello guys...
        Hari ini sudah hampir seminggu keputusan SPM di umumkan dan tiba masanya untuk Narry membuat keputusan dan memilih jurusan apa yang sesuai dengan kelayakan yang Narry ada. Dengan keputusan yang Narry dapat, beberapa ahli keluarga Narry menyuruh Narry memilih jurusan akaunten. Narry tidak kisah dengan semua itu kerana pada asalnya pun Narry bercita-cita untuk menjadi seorang akaunten tapi Narry juga berminat dalam bidang ict. Malangnya bidang ict mempunyai seribu satu jenis pecahan bidang yang berkaitan dengan ict. Narry juga menjadi keliru apa yang hrus Narry pilih. Kerana dulu Narry ingin menjadi seorang akaunten dan selepas itu Narry ingin menjadi seorang yang berjaya dalam bidang ict. Sekarang Narry keliru kerana Narry sepertinya inginkan kedua-duanya. Jadi Narry telah memohon kedua-dua jurusan itu dalam borang UPU.
Now I`m just waiting what will happen to me and what course will I learn at university or collage.


~narryen~