Sunday, March 20, 2011

Mimpi Yang Indah

 Hai!! Semua..
Hari ini Narry teringin sangat nak menceritakan apa yang telah Narry mimpi pada malam sabtu yang lalu. Kalian tahu tak, kerana Narry sangat meminati drama IL-JI Mae, dan heronya iaitu Lee Jun Ki, Narry telah bermimpikan dia. Dalam mimpi itu Narry adalah adik kepada Jun Ki. Hah.. pasti ada yang tak percaya dengan cerita Narry ni kan, tapi itulah kebenaranya. Narry tahu mimpi hanya mainan tidur, tapi tak salah rasanya kalau kita bermimpi seperti itu. Suasana dalam mimpi itu sama seperti dalam cerita IL-JI Mae. Bezanya dalam cerita itu Jun Ki adalah rakyat biasa yang menjadi pencuri pada waktu malam lalu di berikan barang curiannya kepada orang miskin, seperti cerita Robin Hood. Tapi dalam mimpi Narry, yang memegang watak sebagai adiknya dan Jun Ki pula sebagai abang yang penyayang dan Putera Mahkota yang perihatin. Dalam mimpi Narry tu, Narry di culik oleh orang-orang dari negeri China dan abang Narry, Jun Ki serta Maharaja, iaitu ayahanda Narry pergi ke China untuk menyelamatkan Narry.


Hahaha... Kalian pasti gelakkan Narry kan? Tapi itulah kebenarannya. Mungkin kerana Narry terlalu meminati cerita itu lalu perkara itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Apa pun itulah mimpi yang indah yang tidak akan Narry lupakan.
Mungkin Narry akan membuat satu lagi cerita pendek berdasarkan mimpi Narry ini jadi jangan ketinggalan untuk membacanya nanti. Buat masa sekarang Narry sedang dalam proses menghabiskan cerita Fate Of Love. Cerita in akan di siarkan pada 21/3/2011 di www.narryen-mystory.blogspot.com 
Jadi jangan ketinggalan untuk membacanya.

~narryen~