Thursday, April 28, 2011

So Pain So Sad

   Semalam 27/04/2011 pada pukul 2.00 pm dengan hati yang sangat sedih, Narry gagahkan diri untuk menggali sebuah lubang kecil yang dapat Narry semadikan Jason (gambar di sebelah) setelah sekian lama menderita. Narry perasan yang keadaannya lemah pada waktu pagi. Dia tidak aktif seperti anak-anak kucing yang lain. sehingga ke akhir hayatnya Narry tak tahu kenapa dia sakit kerana Narry tak ada masa untuk bawanya ke klinik haiwan dan akhirnya dia hembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan Narry.
   Jason di takdirkan atang ke rumah Narry lebih kurang 2 atau 3 minggu yang lalu. Dia dan adiknya Seung Ki di letakkan di hadapan rumah Narry oleh seorang budak lelaki. Sewaktu Narry temui Jason, keadaan fizikalnya baik manakala Seung Ki tidak kerana ke dua-dua belah matanya telah di selaputi dengan tahi mata, dengan segera Narry meminta kebenaran mama untuk membersihkan kedua-dua anak kucing ini.
   Sewaktu mereka tiba di rumah Narry, Narry telah pun mendapat 3 ekor anak kucing yang di lahirkan di dalam rumah Narry, jadi Narry ambil keputusan untuk menjaga anak kucing tersebut dengan ibu kucing itu sekali. Jadi setelah Seung Ki dan Jason, Narry bersihkan, Narry minta agar ibu kucing tersebut memberikan sedikit susunya kepada mereka berdua sementara Narry cari ibu kandung mereka tapi malangnya Narry tidak bertemu dengan seekor pun ibu kucing yang baru melahirkan anak, jadi Narry minta agar ibu kucing yang Narry panggil Pizza tu untuk menjaga kedua-dua anak kucing tersebut dan Narry mohon agar Pizza menyayangi mereka seperti anak-anaknya yang lain. Usaha Narry membuahkan hasil apabila Narry lihat Pizza menyusukan kelima-lima anak kucing itu serentak dan menjilat-jilat badan Seung Ki dan Jason.

Ini Tinaz. Narry baru kehilangannya 6 jam yang lalu. Dia 'pergi' di sebabkan pundi kencingnya yang bengkak. Dia telah bersama deangan Narry hampir 2 tahun. Pastinya perasaan sedih dan pedih yang ada dalam hati Narry sewaktu ke dua-dua tangan Narry ni yang terpaksa Narry gunakan sewaktu menanam Tinaz di padang yang terletak berhadapan dengan rumah Narry..

 







Narry harap Narry dapat bertemu dengan Jason dan Tinaz di syurga nanti..
"adik..tunggu kakak kat sana yee...


~narryen~