Monday, March 28, 2011

Kesedihan ku..

Hello!!....                                                                 Apa khabar semua? Narry harap kamu semua lalui hari yang indah dalam hidup kamu. Kalian nak tahu tak.., hari ni takut apabila memikirkan masa depan yang bakal Narry lalui nanti. Selama ini Narry rasakan hidup Narry dah selamat tapi sekarang Narry sedar bahawa kehidupan Narry baru saja bermula. Kita semua degar bermacam-macam kes jenayah yang melibatkan para remaja sekarang ini. Narry sedar satu saat nanti Narry pasti akan meninggalkan rumah yang menjadi tempat Narry berlindung sekarang ini. Narry akan tinggalkannya untuk pergi mencapai cita-cita Narry, tapi untuk mendaki sebuah gunung bukanlah mudah pasti banyak halanggan yang mendatang itulah gambaran yang dapat Narry katakan, macam mana susahnya seseorang itu untuk sampai ke puncak kerana adakalanya tidak semua pendaki mempunyai kemahiran mendaki yang sama. Tetapi kesusahan dan kepayahan itu memang ada dalam setiap perkara yang kita lakukan oleh itu kesabaran dan kekuatan dirilah yang harus ada bagi melawan perasaan negatif dari menghancurkan semangat seseorang insan itu..

 Narry yakin jika Narry terus berusaha dan
berusaha Narry pasti akan sampai ke puncak
suatu hari nanti.



~narryen~